Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah. Better than Nothing.

. Assalamualaikum and salam sejahtera .

First of all , TEMAN nak dendangkan (padahal taip saja) satu lagu untuk korang dalam entry kali nie :

kalau kita gembira tepuk tangan! kelepak kelepak "versi kampung"

kalau kita gembira tepuk tangan! clap clap "versi bajet London"

kalau kita gembira beginilah caranya, kalau kita gembira tepuk tangan!

kelepak kelepak clap clap kelepak clap clap kelepak. HAHAAA

Hamboi2, kenapa kenapa kenapa suka hati sangat nie? Nie lah nak habaq mai kat semua nie, bulan lepas TEMAN ade lah join satu contest yang awesome dalam FB anjuran eightDesigns. For your information, nie merupakan contest PERTAMA yang TEMAN join. monolog dalaman: kesiaaan laa kau nie, ketinggalan era betui! hahaa tak kisah laa haaai.

Macam best jer kan contest nie, nama pon macam manis-manis jer that is my BFF contest 2. See, memang terbuktilah TEMAN nie agak ketinggalan era sebab this contest da masuk season kedua, baru TEMAN tahu kewujudannya. Okeyh bo0ooo to me c(:

Senang jer join contest nie, cuma perlu hantar picture with your BFF kat email yang sepatutnya and raih LIKE paling banyak. Itu sajor. Okeyh picture yang dipertaruhkan is with cik Aien Zainal merangkap my BFF :

my caption for this picture is :

aku kata muka kau KEPOH, ko relax jer sebab kita kan BFF !
kau kata muka aku toye, aku pun relax jer sebab kita kan BFF !
bila aku tengah bengang dengan kau,
ayat biasa yang selalu terkeluar adalah *KITA JUMPA DUA TAHUN LAGI*
tapi kau maintain relax sebab kita kan BFF !
bila kau tengah bengang dengan aku,
ayat kau plak macam ni * NANTI KAU KAWIN KITA JUMPA OK*
tapi aku maintain relax jer sambil tersenyum lebar
rasa macam nak kawin esok juga sebab BFF punya pasal kan. HAHAAA
YES, we're best friend forever!

So, today is the results for my BFF contest 2. Oh yeah, TEMAN menang TAPI saguhati sahaja. Diulang sekali lagi, menang saguhati sahaja. Inilah habuan yang TEMAN dapat :

NUR NABILAH BINTI MOHD SALLEH 207 likes

Alhamdulillah, TEMAN dapat shopping voucher. Oh yeah, kira okeyh what walaupun cuma RM10 sahaja. Bak kata omputih Better than Nothing kan kan kan. Heheee. Thank You, Syukran, Toce2 very much pada semua yang LIKE that picture. Congrates to all winners, and pada those yang tak menang korang boleh cuba next time okeyh. Chaiyok2.

Pada cik Pen Putih, next time kasi hentam picture PEN kaw2 lagi okeyh. Dan juga cik Elmi yang memperjuangkan picture Geng Kipas kita. TEMAN sayang korang semua gak beb. muah muah dan muaaaah "okeyh geli" HAHAAA

p/s: as usual lah kan. i’m sorry, i’m sorry, i’m sorry if bahase yang digunakan SANGAT laa tunggang berbintikan langgang because ABIL'LOLO HANYA INSAN BIASA yang xpernah lari daripada membuat kesilapan. HAHAA


Wednesday, July 6, 2011

conteng-conteng by si penganggur.

.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya, TEMAN conteng la gak kat sini. Apa guna ada blog tapi tak nak conteng sikit pun kan kan kan.

CONTENGAN PERTAMA!

Nie nak story sikit, hari tuh TEMAN terdengar la satu lagu allahyarham Sudirman di corong radio, peeerrgh lagu ni cukup sentap dan mampu buat TEMAN dan adik teman tersenyum sendiri, rasa macam nak nangis pon ada, nak gelak guling-guling pun ada.
Herm oleh kerana lagu nie SANGAT sesuai dengan situasi kami sekarang nie, maka dengan confident n tanpa segan silunyer, TEMAN terus buat lagu yang bertajuk AKU PENGANGGUR as music background untuk dijadikan halwa telinga korang-korang yang terbaca blog ini! yurp, saye tahu , sangat tak boleh blaah kan. HAHAAAA. tau daa =)

CONTENGAN KEDUA!

Okeyh, da nama pun penganggur, so selain daripada makan tido makan tido, TEMAN rajin gak la terbaca magazines, surat khabar lama, mastika untuk mengisi masa yang sangat lapang ini. Then terjumpa la coretan ini dalam majalah mastika keluaran Ogos 2007 :

Suatu hari, dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit. Lalu duit seringgit pun bertanya, "Oii... lama tak nampak, mana engkau pergi? "
Maka duit lima puluh ringgit pun menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, tengok konsert Justin Bieber, pergi Genting, main boling... tempat-tempat macam tulah. Eh engkau pulak macam mana?"
Duit seringgit pun menjawab perlahan sambil menudukkan kepalanya, "Hmm...biasalah... balik-balik tempat sama... surau, masjid, surau, masjid...".

p/s: renung-renungkan dan lu pikir laa sendiri.

.Okeyh bye.