Wednesday, July 6, 2011

conteng-conteng by si penganggur.

.Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya, TEMAN conteng la gak kat sini. Apa guna ada blog tapi tak nak conteng sikit pun kan kan kan.

CONTENGAN PERTAMA!

Nie nak story sikit, hari tuh TEMAN terdengar la satu lagu allahyarham Sudirman di corong radio, peeerrgh lagu ni cukup sentap dan mampu buat TEMAN dan adik teman tersenyum sendiri, rasa macam nak nangis pon ada, nak gelak guling-guling pun ada.
Herm oleh kerana lagu nie SANGAT sesuai dengan situasi kami sekarang nie, maka dengan confident n tanpa segan silunyer, TEMAN terus buat lagu yang bertajuk AKU PENGANGGUR as music background untuk dijadikan halwa telinga korang-korang yang terbaca blog ini! yurp, saye tahu , sangat tak boleh blaah kan. HAHAAAA. tau daa =)

CONTENGAN KEDUA!

Okeyh, da nama pun penganggur, so selain daripada makan tido makan tido, TEMAN rajin gak la terbaca magazines, surat khabar lama, mastika untuk mengisi masa yang sangat lapang ini. Then terjumpa la coretan ini dalam majalah mastika keluaran Ogos 2007 :

Suatu hari, dalam sebuah bank ternama, duit seringgit telah bertemu dengan duit lima puluh ringgit. Lalu duit seringgit pun bertanya, "Oii... lama tak nampak, mana engkau pergi? "
Maka duit lima puluh ringgit pun menjawab, "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, naik STAR cruise, pergi Kota Kinabalu naik Air Asia, lepak One Utama, tengok konsert Justin Bieber, pergi Genting, main boling... tempat-tempat macam tulah. Eh engkau pulak macam mana?"
Duit seringgit pun menjawab perlahan sambil menudukkan kepalanya, "Hmm...biasalah... balik-balik tempat sama... surau, masjid, surau, masjid...".

p/s: renung-renungkan dan lu pikir laa sendiri.

.Okeyh bye.

2 comments: